begitulah
lazimnya bangsaku
sudah
terhantuk barulah terpinga-pinga
melihat
kekosongan di hadapan mereka
setelah
berlaku dan terangguk-angguk hanya
begitulah
biasanya bangsaku
sudah
menjadi bubur barulah menyalahi padi
sudah
menjadi mayat barulah mencurigai tingkah diri
sudah
menjadi abu barulah mempercayai mamahan api
begitulah
resamnya bangsaku
dihantuk
barulah tahu ada makna hari kelmarin
diketuk
barulah faham ada hikmah pengalaman semalam
dilentur
barulah tersipu ada malu terpaksa ditelanjangkan
seperti
perli orang lama
sudah
terhantuk barulah terngadah
seperti
masa lalu berupa peristiwa kitar semula
bangsaku
gigih menuju maju tetapi teruja juga ujiannya.
Kota Kinabalu
1 Ogos 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan