bukan itu sahaja tetapi berlakon
dilipat kata-kata
disokong disekongkol
tolol manusia
hilang punca
berjalan di
celah-celah sampah
ulat dan ular melakar
perjalanan
semakin sarat
kepalsuan
bukan itu sahaja tetapi berlakon
tanpa skrip di pentas
kuasa
bersuara dengan siaga
dengan yakin memadam
ragu
mematikan raga tanya
saat bahang berkembang
bumi menjadi gersang
bukan itu sahaja tetapi berlakon
kalian tidak tahu
yang menonton telah
memahami
sebuah persembahan ini
telah meletakkan masa
lalu
menjadi benar
dan masa ini
mengukuhkan kepercayaan
menempatkan aib
merebah harga diri
demi harga sebuah
kuasa
bukan itu sahaja bila berani
berbohong
ketika tersingkap
sikap
ranap bumbung harap
sirna cahaya percaya
hambar makna benar.
Kota Kinabalu
6 Mac 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan